Pencadang STIQDAT Anda
sila cari pencadang
Main Menu
Laman Utama
Ibadah Qurban
STIQDAT
Program Ibadah Qurban
Sistem Pemasaran Musyarakah (S.P.M)
Senarai Pembekal
Pendaftaran STIQDAT
Pendaftaran Pembekal
Pembayaran
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Log Masuk
Nama Pengguna
Kata Laluan
Statistik Pelawat
Anda Pelawat Ke
27435
Pelawat Hari Ini : 11
Pelawat Semalam : 15

Ibadah Qurban


IBADAH QURBAN
 

1)         SYARIAT IBADAH QURBAN
 
Dalil Pensyariatan Ibadah Qurban
 
Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar : 2)
Hikmah Ibadah Qurban
 
Diantara hikmah ibadah qurban ialah;

·         Sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.Tdi atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.
·         Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.

2)         HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Hukum melakukan qurban ialah
sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”

(Riwayat Tirmizi)

3)         PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

Qurban Wajib

Qurban Kerana Bernazar.
Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”

Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.

Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Qurban Sunat

Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

4)         SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Wajib/Sunat Qurban

1.   Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.

2.   Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.

3.   Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

1.      Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
 
2.      Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
 
3.      Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
 
4.      Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban
1.       Islam.
2.       Merdeka.
3.       Aqil Baligh.
4.       Bermukim atau Musafir.
5.       Berkemampuan.

5)         WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut.

Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”