Pencadang STIQDAT Anda
sila cari pencadang
Main Menu
Laman Utama
Ibadah Qurban
STIQDAT
Program Ibadah Qurban
Sistem Pemasaran Musyarakah (S.P.M)
Senarai Pembekal
Pendaftaran STIQDAT
Pendaftaran Pembekal
Pembayaran
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Log Masuk
Nama Pengguna
Kata Laluan
Statistik Pelawat
Anda Pelawat Ke
26534
Pelawat Hari Ini : 9
Pelawat Semalam : 8

Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT)


PENGENALAN STIQDAT

CouniqSWP melalui Skim Tabungan Ibadah Qurban Dalam Talian (STIQDAT) memberi kemudahan kepada masyarakat yang ingin menjalankan Ibadah qurban membuat tabungan melalui sistem dalam talian dengan memilih jenis skim tabungan yang dianjurkan.

 

 

OBJEKTIF STIQDAT

 

 

¢      Memberi peluang kepada umat islam melaksanakan ibadah qurban melalui kaedah penabungan yang sistematik, terjamin dan terancang 

¢      Membantu memastikan haiwan qurban memenuhi syarat sah sembelihan

¢      Membantu meningkatkan tahap ekonomi penternak-penternak islam. 

¢      Membantu pihak berwajib memastikan orang yang layak menerima agihan daging qurban diutamakan, mendapat manafaat penuh,  dan tidak wujud sebarang pembaziran; dan 

¢       Membantu pihak berwajib memastikan pengagihan daging dilakukan secara teratur, tertib,  cepat dan telus

 

 

 

 MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG STIQDAT

STIQDAT terbahagi kepada dua jenis skim iaitu i-Qurban dan e-Qurban. Peserta bebas memilih antara dua skim tabungan ini mengikut kehendak masing-masing.

  •   i-QURBAN

 i-Qurban adalah penabungan untuk melaksanakan Ibadah Qurban semata-mata. Pecahan bayaran i-Qurban adalah seperti berikut:

 Caj Perkhidmatan       :   RM 30.00
 Ibadah Qurban (I.Q)    :   RM
 650.00
Jumlah Tabungan    :   RM 680.00

 Penabungan i-Qurban boleh dilaksanakan mengikut pakej seperti dibawah: 

Skim i-Qurban

Jumlah Tabungan sebulan (RM) Tempoh Tabungan
(bulan)
A 650 -
B 130 5
C 50 13
D 25 26



  • e-QURBAN

 e-Qurban melibatkan penabungan untuk Ibadah Qurban dan penyertaan Peserta dalam skim pemasaran lembu. Pecahan bayaran e-Qurban adalah seperti berikut :

 

Caj Perkhidmatan

:

RM    30.00

Fi Program

:

RM  150.00

Ibadah Qurban (I.Q)

:

RM  650.00

Jumlah Tabungan

 

 

 :

 RM  830.00

 
Penabungan e-Qurban boleh dilaksanakan mengikut pakej seperti dibawah:

Skim e-Qurban

Jumlah Tabungan sebulan (RM)

Tempoh Tabungan
(bulan)

A

800

-

B

160

5

C

50

16

D

25

32

 

CAJ PERKHIDMATAN

 Caj Perkhidmatan sebanyak RM 30.00 adalah tetap dan tidak berubah. Peserta perlu menyelesaikan bayaran ini semasa pendaftaran dan baki tabungan selebihnya boleh dibayar kepada CouniqSWP mengikut pakej skim tabungan yang dipilih.


FI PROGRAM

 Fi Program sebanyak RM 150.00 adalah sejumlah wang yang dibayar untuk menyertai Skim Pemasaran Musyarakah (SPM) e-Qurban atau dikenali juga dengan nama “Musyarakah Marketing” (MM). Peserta yang menyertai skim pemasaran ini akan berfungsi sebagai agen pemasaran yang mewakili CouniqSWP.

Peserta juga akan menerima akaun e-Qurban dalam talian dimana mereka boleh:

·         Menyemak status tabungan dan mata terkini
·         Menerima maklumat terkini berkaitan pelaksanaan ibadah qurban.
·         Mempunyai web ID sendiri, yang mana Peserta boleh memasarkan e-Qurban melalui internet.

 Selain itu, Peserta juga akan diberikan taklimat tentang program e-Qurban ini. Taklimat akan diberikan di lokasi-lokasi yang terpilih demi memastikan Peserta memahami jelas matlamat dan perlaksanaan serta peraturan e-Qurban ini. Peserta juga boleh membawa bakal-bakal pelanggan (tiada had) untuk diberikan taklimat pengenalan oleh wakil-wakil koperasi di lokasi-lokasi yang akan ditetapkan.

 Justeru itu, mereka juga layak menerima pembahagian keuntungan daripada pihak koperasi selepas audit tahunan semasa koperasi bergantung kepada prestasi pemasarannya yang secara tidak langsung membantu CouniqSWP mencapai objektif skim ini.

Demi mencapai perlaksanaan Ibadah Qurban  yang   mendapat      keredhaan Ilahi, kesucian Ibadah ini hendaklah dipelihara dengan menitik beratkan pengurusan sumber ternakan yang diperolehi sehinggalah kepada pembahagiannya kepada pihak yang sepatutnya.  

Seringkali kita dengari berbagai persoalan dan isu dikemukakan oleh masyarakat berkaitan perlaksanaan Ibadah Qurban. Antaranya ialah dari mana datangnya ternakan ini?, siapakah yang membelanya?, adakah sudah cukup matangnya?, adakah makanan ternakan ini dari  sumber  yang  bersih dan tidak diragui?,siapakah penerimanya? dan bermacam-macam lagi persoalan yang bakal timbul setibanya musim perlaksanaan Qurban. Segala isu dan persoalan ini perlu diambil kira dan ianya hanya mampu dijawab dan diselesaikan dengan satu rangkaian pengurusan pelaksanaan Ibadah Qurban yang bermula daripada peringkat awal penternakan lembu sehinggalah kepada  pembahagian daging qurban yang merupakan fasa terakhir dalam perlaksanaan dan kesempurnaan Ibadah Qurban.

 Sehubungan dengan itu, perlu dilihat dari sudut berbeza dimana Peserta yang memasarkan e-Qurban ini sebenarnya membantu CouniqSWP dan pihak-pihak berwajib termasuk diri mereka sendiri dalam memastikan perlaksanaan Ibadah Qurban dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersih mengikut tuntutan syarak bermula dari segi bekalan ternakan sehinggalah kepada  perlaksanaan Ibadah itu sendiri.

Oleh itu,sebagai penghargaan di atas usaha gigih Peserta sebagai agen pemasaran yang membantu ke arah perlaksanaan Ibadah Qurban yang mengikut syarak, CouniqSWP akan berkongsi keuntungan hasil daripada urusniaga   pembekalan lembu kepada agen pemasaran yang layak berdasarkan kepada prestasi pemasaran masing-masing. Keuntungan hanya akan ditentukan dan diagihkan selepas audit tahun semasa CouniqSWP. Agen hanya layak menerima pembahagian keuntungan dengan syarat telah melaksanakan Ibadah Qurban hasil penabungan melalui e-Qurban. Sukacitanya kami tekankan di sini, bahawa imbuhan ini adalah sebagai rangsangan dan galakkan  kepada Peserta atau agen dalam meramaikan lagi umat islam menabung untuk melaksanakan ibadah qurban yang diakhirnya akan memberi kesejahteraan kepada Ummah, Insya’ ALLAH.

  
3.5    IBADAH  QURBAN

 Kos ibadah qurban mengikut pasaran semasa berdasarkan nilaian seekor lembu dimana di bahagikan pula kepada 7 nasab atau bahagian. Kos I.Q mengikut pasaran semasa bagi satu nasab lembu adalah bersamaan dengan RM 650.00.

 Program Ibadah Qurban akan dilaksanakan oleh Persatuan Belia Masjid Selangor dan Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan di perkampungan-perkampungan Orang Asli yang terpilih. Ini adalah kerana disana terdapat muallaf yang memerlukan bantuan dan bimbingan daripada umat islam disamping membantu merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak Masjid dengan Muallaf Orang Asli yang berada di dalam kariah mereka. Mudah-mudahan program ini boleh dijadikan perintis kepada menjalinkan hubungan dengan masyarakat Orang Asli lain yang bukan beragama Islam.