Anda Pelawat Ke 44304 |
|
Pelawat Hari Ini | : 12 |
Pelawat Semalam | : 7 |
Fi Program sebanyak RM150.00 adalah sejumlah wang yang dibayar untuk menyertai Skim Pemasaran Musyarakah (SPM) e-Qurban atau dikenali juga dengan nama “Musyarakah Marketing” (MM). Peserta yang menyertai skim pemasaran ini akan berfungsi sebagai agen pemasaran yang mewakili CouniqSWP.
Peserta juga akan menerima akaun e-Qurban dalam talian dimana mereka boleh:
• Menyemak status tabungan dan mata terkini
• Menerima maklumat terkini berkaitan pelaksanaan ibadah qurban.
• Mempunyai web ID sendiri, yang mana Peserta boleh memasarkan e-Qurban melalui internet.
Selain itu, Peserta juga akan diberikan taklimat tentang program e-Qurban ini. Taklimat akan diberikan di lokasi-lokasi yang terpilih demi memastikan Peserta memahami jelas matlamat dan perlaksanaan serta peraturan e-Qurban ini. Peserta juga boleh membawa bakal-bakal pelanggan (tiada had) untuk diberikan taklimat pengenalan oleh wakil-wakil koperasi di lokasi-lokasi yang akan ditetapkan.
Justeru itu, mereka juga layak menerima pembahagian keuntungan daripada pihak koperasi selepas audit tahunan semasa koperasi bergantung kepada prestasi pemasarannya yang secara tidak langsung membantu CouniqSWP mencapai objektif skim ini.
Demi mencapai perlaksanaan Ibadah Qurban yang mendapat keredhaan Ilahi, kesucian Ibadah ini hendaklah dipelihara dengan menitik beratkan pengurusan sumber ternakan yang diperolehi sehinggalah kepada pembahagiannya kepada pihak yang sepatutnya.
Seringkali kita dengari berbagai persoalan dan isu dikemukakan oleh masyarakat berkaitan perlaksanaan Ibadah Qurban. Antaranya ialah dari mana datangnya ternakan ini, siapakah yang membelanya, adakah sudah cukup matangnya, adakah makanan ternakan ini dari sumber yang bersih dan tidak diragui, siapakah penerimanya dan bermacam-macam lagi persoalan yang bakal timbul setibanya musim perlaksanaan Ibadah Qurban. Segala isu dan persoalan ini perlu diambil kira dan ianya hanya mampu dijawab dan diselesaikan dengan satu rangkaian pengurusan pelaksanaan Ibadah Qurban yang bermula daripada peringkat awal penternakan lembu sehinggalah kepada pembahagian daging qurban yang merupakan fasa terakhir dalam perlaksanaan dan kesempurnaan Ibadah Qurban.
Sehubungan dengan itu, perlu dilihat dari sudut berbeza dimana Peserta yang memasarkan e-Qurban ini sebenarnya membantu CouniqSWP dan pihak-pihak berwajib termasuk diri mereka sendiri dalam memastikan perlaksanaan Ibadah Qurban dapat dilaksanakan dengan teratur dan bersih mengikut tuntutan syarak bermula dari segi bekalan ternakan sehinggalah kepada perlaksanaan Ibadah itu sendiri.
Oleh itu,sebagai penghargaan di atas usaha gigih Peserta sebagai agen pemasaran yang membantu ke arah perlaksanaan Ibadah Qurban yang mengikut syarak, CouniqSWP akan berkongsi keuntungan hasil daripada urusniaga pembekalan lembu kepada agen pemasaran yang layak berdasarkan kepada prestasi pemasaran masing-masing. Keuntungan hanya akan ditentukan dan diagihkan selepas audit tahun semasa CouniqSWP. Agen hanya layak menerima pembahagian keuntungan dengan syarat telah melaksanakan Ibadah Qurban hasil penabungan melalui e-Qurban. Sukacitanya kami tekankan di sini, bahawa imbuhan ini adalah sebagai rangsangan dan galakkan kepada Peserta atau agen dalam meramaikan lagi umat islam menabung untuk melaksanakan Ibadah Qurban yang diakhirnya akan memberi kesejahteraan kepada Ummah, Insya’ ALLAH.